Kehidupan awal dan kerjaya Giovanni_Messe

Giovanni telah dilahirkan di Mesagne, dalam Wilayah Brindisi di wilayah Apulia Itali pada 10 Disember 1883. Giovanni Messe memasuki tentera pada tahun 1901. Beliau berjuang didalam penaklukan Itali keatas Libya dan dalam Perang Dunia Pertama. Semasa konflik ini, beliau memberikan satu sumbangan penting dalam penubuhan dan latihan "Arditi", unit infantri elit, dan dengan pangkat Mejar Maggiore beliau menjadi pegawai memerintah IX Nono Reparto Arditi yang berjuang didalam zon Monte Grappa. Sebagai pegawai yang meningkat naik, beliau menjadi aide-de-camp kepada Raja Victor Emmanuel III, memegang jawatan ini dari tahun 1923 hingga 1927. Dari tarikh ini hingga tahun 1935, Messe memerintah sebuah unit Bersaglieri dan menyandang pangkat Kolonel.

Habsyah

Rencana utama: Afrika Timur Itali

Pada bulan September 1935, Messe mengambil alih pemerintahan sebuah briged motorise di Verona, dengan pangkat Brigedier Jeneral. Selepas tempoh perkhidmatan yang berjaya dengan unit ini dalam Perang Itali-Habsyah Kedua, Messe telah dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral dan beliau menjadi panglima sebuah divisyen armor Itali.